RSS

Fungsi dan Keberkesanan Aura Nursalama

Aura Nursalama , meningkatkan daya penarik, karisma dan keserian pada diri anda.

Fungsi Minyak Aura Nursalama :-

  • Menyeimbang kembali emosi yang rencam supaya menjadi tenang.
  • Memperkuat spiritual yang takut, lemah, tidak bersemangat, sentiasa hilang tumpuan kepada satu keadaan fokus dan bersemangat.
  • Mampu membuang dan merawat tenaga negatif yang terkandung pada tubuh atau premis.
  • Merangsang minda bawah sedar yang lemah kepada sentiasa
  • mempunyai kehendak positif.
  • Mencantikkan seri wajah yang malap dan kusam kepada penampilan berseri-seri dan ayu.
  • Mampu merawat masalah gangguan spiritual pada tubuh dan premis.
  • InsyaAllah,Membantu perniagaan agar selalu dikunjungi pelanggan.
  • Memperelok hubungan suami isteri dan saudara mara,serta pelbagai masalah berkaitan rohani.
Menurut Pengasas Aura NurSalama, Puan Hajah Salmah Hamsah, produk Aura Nursalama berbeza dengan produk aura lain yang kini banyak berada di pasaran. Ini adalah kerana produk unik ini diolah menggunakan bahan semulajadi yang berdasarkan kejadian alam iaitu Nur (white light). Sebenarnya produk Aura Nursalama ini dihasilkan dengan gabungan yang cukup cantik berdasarkan nisbah insan.

Keberkesanan Aura Nursalama :-

Menyeimbang kembali emosi yang rencam /tidak tenteram supaya menjadi tenang. Apabila keadaan minda telah tenang,anda mudah mindapat idea dan mendapat jalan keluar dari masalah.

Memperkuat spiritual yang takut, lemah, tidak bersemangat, sentiasa hilang tumpuan kepada satu keadaan. Anda menjadi fokus dan bersemangat dalam melakukan tugas seharian.

Merangsang minda bawah sedar (subconcious mind) yang lemah kepada sentiasa mempunyai kehendak positif. Penggunaan Minda bawah sedar ini banyak diceritakan oleh pakar pakar minda dan pakar motivasi untuk mengubah perjalanan hidup kearah lebih keberuntungan dan lebih baik.

Merangsang minda bawah sedar (subconcious mind) yang lemah kepada sentiasa mempunyai kehendak positif. Penggunaan Minda bawah sedar ini banyak diceritakan oleh pakar pakar minda dan pakar motivasi untuk mengubah perjalanan hidup kearah lebih keberuntungan dan lebih baik.

Mampu membuang dan merawat tenaga negatif yang terkandung pada tubuh atau premis. Misalnya apabila keadaan diri selalu dalam negatif,anda menarik banyak perkara buruk secara tanpa anda sedari secara bawah sedar. Keadaan ini diransang akibat minda bawah sedar (subconcious mind) selalu diberi input yang negatif. Jadi tindakan anda selalu berakhir dengan keputusan negatif juga. Apa yang dibuat kadangkala serba tak kena. Atasinya!

Mencantikkan seri wajah yang malap dan kusam kepada penampilan berseri-seri dan ayu. Mampu merawat masalah gangguan spiritual pada tubuh dan premis. (disarankan digunakan bersama sticker tenaga Aura Corrector.

Memberi kesegaran badan dan rasa segar selepas mandian. Semangat diri kembali pulih.

TAMPILKAN PESONA, Karisma & KECANTIKAN Dalaman
.

Anda dipandang berwajah lebih Tenang, Lebih Berseri & Tampil Lebih Menawan dan Bersemangat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aromaterapi Aura Nursalama

Aura Nursalama

Aura Nursalama

Aura Nursalama - produk berasaskan pati bunga-bungaan, berupaya membetul, membaikpulih dan memperkuat kuasa besi berani, seumpama bunga berupaya menarik kumbang, untuk menarik apa sahaja yang dihajati. Mencipta kehidupan yang lebih baik melalui undang-undang penarikan atau alam semesta yang sentiasa tepat. Direka bagi mengimbangi sistem bioelektrik tubuh, agar kita sentiasa berada di dalam keadaan optimum menjalani kehidupan seharian.


Aura Nursalama

Nursalama bererti CAHAYA KESEJAHTERAAN. Telah disukat mengikut NISBAH INSAN. Mampu memberi cas-cas KESEIMBANGAN. Diperkasa pula dengan Teknologi VNP AFTL agar lebih berkesan.

Nursalama

Nursalama bermaksud ‘Cahaya Kesejahteraan’. Ia diolah, disukat mengikut ‘Nisbah Diri Insan’. Umpama bunga-bungaan yang DILIHAT pelbagai warna, bila DIHIDU pelbagai bau, bila DIRASA terhasil lazatnya, apabila DISENTUH bersama gemersik angina akan menghasilkan bunyian serta membuahkan inspirasi atau idea. Namun, Segala deria-deria ‘kita tidak akan berinteraksi’ sekiranya kita tidak memahami dan meyakininya, maka jadilah ia ‘umpama kera diberi bunga’.

Nursalama & Bunga

Bunga adalah satu penciptaan Maha Pencipta yang mana ia umpama DUTA kepada rantai makanan kehidupan. Tanpa KUASA yang diberi pada bunga-bungaan menarik kumbang, pendebungaan tidak berlaku. Jika tiada pendebungaan, tiadalah pembiakan tumbuh-tumbuhan dan seterusnya sistem rantai makanan kehidupan turut terjejas.

Nursalama & VNP AFTL


Kini Nursalama yang telah tersedia digabungjalin dengan sistem VNP AFTL yang berupaya memberi keseimbangan cas-cas positif dan cas-cas negatif.

Menurut Pengasas Aura NurSalama, Puan Hajah Salmah Hamsah, produk Aura Nursalama berbeza dengan produk aura lain yang kini banyak berada di pasaran. Dengan olahan menggunakan bahan semulajadi yang berdasarkan kejadian alam iaitu Nur, produk Aura Nursalama ini dihasilkan dengan gabungan yang cukup cantik dan berupaya mengeluarkan Tenaga VNP AFTL berwarna putih yang juga dipanggil ‘Electrical White Light’ yang tidak mudah diperolehi. Aura ‘Electrical White Light’ hanya dikeluarkan oleh gelombang otak individu yang istimewa.

Menurut Pakar Human Bioelektrik, individu ini mampu mengeksploitasi otak melebihi 15 %. Golongan ini terdiri daripada para aulia, penyembuh terkenal,saintis tersohor dan pemimpin-pemimpin bertaraf dunia. Setakat ini belum ada alat atau teknologi yang mampu menukar gelombang otak kepada Aura ‘Electrical White Light’ melainkan teknologi lebih pantas dari cahaya – Tenaga VNP AFTL.

Nursalama & Keberkesanannya

  • Menyeimbang kembali emosi yang rencam supaya menjadi tenang.
  • Memperkuat spiritual yang takut, lemah, tidak bersemangat, sentiasa hilang tumpuan kepada satu keaadaan fokus dan bersemangat.
  • Mampu membuang dan merawat tenaga negatif yang terkandung pada tubuh atau premis.
  • Merangsang minda bawah sedar yang lemah kepada sentiasa mempunyai kehendak positif.
  • Mencantikkan seri wajah yang malap dan kusam kepada penampilan berseri-seri dan ayu.
  • Mampu merawat masalah gangguan spiritual pada tubuh dan premis.

Testimoni Aura Nursalama

Impian terlaksana sebaik pulang dari seminar AFTL

Pn. Nor Hayati Harun & En. Rudzi, Ahli Perniagaan

Saya telah menjalankan perniagaan catering sebelum ini, walaupun banyak juga tempahan yang saya terima, namun tersemat di hati kecil saya untuk membuka sebuah restoran untuk mempelbagaikan perniagaan di samping untuk menambah pendapatan. Impian itu telah lama saya dan suami pendamkan kerana saya tahu untuk membuka sebuah restoran belanjanya bukan sedikit.

Suatu hari saya telah diperkenalkan dengan Produk AFTL. Saya mula menggunakannya lebih-lebih lagi Aura NurSalama. Sehinggalah saya dan suami berhasrat untuk menghadiri Seminar Pembangunan Diri AFTL. Semasa saya di dalam seminar tersebut entah bagimana terbayang dalam fikiran bahawa saya percaya, saya bakal memiliki sebuah restoran dalam jangka masa terdekat.

Selang beberapa minggu selepas pulang dari seminar tersebut, alangkah bersyukurnya saya apabila telah ditawarkan sebuah restoran yang lengkap dengan peralatan-peralatannya yang bernilai RM 50,000 untuk saya ambil alih secara PERCUMA! Saya hanya membayar sewa bulanan sahaja kepada pemilik premis tersebut.

Lebih Yakin, Bertenaga, Kreatif & Produktif

Pn. Hindun Bt Abu Bakar, Guru, Sri Manjung, Perak

Saya adalah pengguna setia produk AFTL, selama saya menggunakan produk-produk AFTL telah banyak perubahan berlaku dalam hidup saya, yang paling ketara jiwa saya semakin tenang dan potensi diri saya setiap hari semangkin menyerlah. Banyak perkara yang sebelum ini saya buntu atau belum dapat saya laksanakan.

Saya berasa lebih tenang, lebih berkeyakinan, bertenaga, lebih kreatif dan produktif dalam menjalani tugas sebagai seorang guru. Benarlah Sticker AFTL AuraCorrector dan Aura NurSalama mampu membersihkan hati dan meningkatkan keupayaan potensi diri saya.

Sebuah peristiwa lucu telah berlaku dalam hidup saya, suatu hari sedang saya membeli belah di pasaraya. Terlintas dalam fikiran alangkah bagusnya jika saya sekeluarga dapat pergi bercuti di tempat yang menaraik, belum habis saya melayan fikiran tersebut tiba-tiba saya didatangi oleh seorang jurujual yang meminta saya mengisi borang peraduan, saya enggan pada mulanya dan rupa-rupanya ia hanyalah sebuah pertandingan merekacipta tandatangan paling cantik dan kreatif. Tanpa diduga panggilan telefon yang saya terima pada hari keesokannya itu adalah pangilan yang telah menjadikan impian saya menjadi kenyataan.

Saya telah memenangi pertandingan yang saya masuki pada hari sebelumnya dan mendapat tawaran pakej mewah bercuti sekeluarga di hotel 5 bintang. Tersenyum puas saya ketika itu, Benarlah apa yang Dr. Mohd Yusoff Hussin beritahu saya sebelum ini, tenaga AFTL jika digunakan kelajuannya lebih pantas dari cahaya yang sesuai dengan namanya Alhayat Faster Than Light Technology.

Di samping itu, saya juga menggalakkan anak saya untuk mendengar AFTL Student Syncronizer, dan terbaru menggalakkannya untuk mengamalkan pemakanan formula minda terbaru AFTL iaitu GeniusXtra. Kini anak saya telah berjaya mengatasi kelemahannya dalam mata pelajaran Matematik yang dihadapinya sebelum ini.

Perniagaan berkembang & bebas dari masalah

En. Said Jamalulai, Chemor, Perak

Dahulu saya rencam, fikiran selalu runsing dengan pelbagai masalah kehidupan. Namun sejak menggunakan AuraCorrector dan Aura NurSalama kehidupan saya menjadi semangkin baik, fikiran saya fokus, minda saya laju, idea saya banyak dan yang menyeronokkan hidup saya tenang, rezeki saya semakin bertambah, perniagaan semakin maju dan tidak pernah putus wang. Malah projek BESAR yang sebelum ini agak sukar untuk diperolehi kini menjadi “mudah” untuk saya perolehi.

Perubahan dari segi kerohanian, emosi dan spiritual telah mula saya rasakan sekarang. Begitu juga kekeluargaan menjadi lebih harmoni. Pandangan hidup semakin jelas . AFTL tentunya sangat relevan bagi pencari ketenangan.

Wajah sentiasa berseri-seri & hidup ceria

Pn. Hjh. Sarasiah Abd. Hamid, Batu Bahat, Johor

Saya mengalami masalah sengugut yang amat teruk sehingga terpaksa mengambil cuti setiap kali datang bulan. Alhamdulilah selepas sebulan menggunakan AFTL AuraCorrector dan Aura Nursalama penyakit sengugut pulih sepenuhnya.

Bukan itu sahaja malah banyak manfaat yang saya perolehi selepas menggunakan produk AFTL terutamanya Aura Nursalama. Setiap pagi saya akan menyemburkan Aura Nursalama yang telah dicampurkan di dalam air ke muka sebanyak 3 kali sehari. Kesannya, saya sentiasa berasa tidak mengantuk di tempat kerja malah mood saya sepanjang hari menjadi baik, suasana kerja menjadi lebih harmoni malah semua masalah yang timbul dapat saya tangani dengan fikiran waras dan rasional.

Itulah sebabnya ramai rakan di tempat kerja menjadi hairan dan menegur bagaimana saya boleh tersenyum dan kelihatan riang malah tampak berseri-seri, walau pelbagai beban tugas saya pikul setiap hari.

Kehidupan semakin tenang dan lebih membahagiakan

Aisyah A. Gaffoor, Kuala Lumpur

Ketika saya menghadiri kursus AFTL saya membawa 48 senarai masalah untuk diselesaikan sebagai pertaruhan, 8 darinya adalah masalah kritikal, Alhamdhulillah, sebaik sahaja saya mendengar Dr. Yusoff membaca doa, hati saya terasa sangat sayu dan pada waktu itu seolah-olah semua masalah saya akan selesai. Ternyata selepas 2 minggu sambil mengguna Aura Nursalama separuh masalah saya selesai termasuk 4 masalah kritikal. Kini hidup saya menjadi lebih tenang, lebih manis dan lebih membahagiakan. Saya sangat bersyukur kerana bertemu dangan satu teknologi yang cukup memberi kepuasan kepada saya. Sehingga kini saya masih terus menghadiri kursus Dr. Yusoff dan masih menggunakn produk AFTL.

Masalah senggugut pulih sepenuhnya

Pn. Sarasiah, Air Hitam, Johor

Saya mengalami masalah sengugut yang amat teruk sehingga terpaksa mengambil cuti setiap kali sakit. Alhamdulilah selepas sebulan menggunakan AFTL AuraCorrector dan Aura NurSalama penyakit sengugut pulih sepenuhnya.

Hasrat termakbul selepas menggunakan Produk AFTL

Pn. Adila Bt. Endut, Batu Gajah,Perak

Sejak 6 tahun lalu saya telah menyimpan hasrat untuk menjual salah satu rumah yang saya beli sebelum ini, namun hasrat saya selama 6 tahun itu belum kesampaian. Semakin lama saya semakin risau dengan keadaan rumah saya itu kerana semakin banyak yang rosak. Maklum saja saya tinggal di Batu Gajah Perak dan rumah yang hendak saya jual tu ada di Kedah, sebab itulah rumah itu terbiar lama.

Suatu hari saya telah diperkenalkan dengan produk Aura NurSalama dan Aura Corrector oleh rakan sekerja saya. Semasa membeli produk tu memang saya ada menyatakan hasrat saya untuk menjual rumah saya tu, lalu saya di ajarkan bagaimana cara berdoa dan berniat semasa menggunakan Aura NurSalama dan Aura Corrector tersebut.

Kuasa Tuhan, selang beberapa hari saya mendapat panggilan, orang tu kata nak beli rumah saya. Antara percaya dan tidak, apabila cuti sekolah, saya pun pergi berjumpa dengan orang tersebut. Sebaik berbincang dengan ringkas dan mudah, tercapailah hasrat saya untuk menjual rumah tersebut. Saya sungguh rasa hairan kerana selama 6 tahun saya berusaha menjual rumah tersebut tidak berhasil, dengan teknik menggunaka Aura NurSalama dan AuraCorrector yang diajarkan oleh rakan saya tu, urusan jual beli rumah saya jadi mudah. Bukan itu sahaja, hasrat saya untuk mengambil deposit 10% tunai pun berlaku dengan mudah. Saya bersyukur kerana diperkenalkan dengan Produk AFTL Technology ini, kini saya sekeluarga menggunakannya lebih-lebih lagi suami saya, kerana dia merasa tidak lagi stress ditempat kerja dan perasaan segar dan ceria yang selama ini dia cari dalam suasana kerja telah berjaya di temui.

Lumpuh dan darah tinggi kini sudah tiada lagi

Encik Harun, Shah Alam, Selangor

Encik Harun dari Shah Alam sebelum ini mengalami masalah lumpuh dan darah tinggi yang menyebabkan beliau sukar untuk bergerak. Apabila diperkenalkan produk GeniusXtra dan menjalani terapi serta urutan yang dilakukan dengan mengguna Aura Corrector, Aura Nursalama dan SPPAO, alhamdulillah kini beliau telah mula dapat bergerak dan bertenaga. Beliau juga telah boleh bercakap semula walaupun secara perlahan-lahan. Isterinya juga sentiasa rasa bertenaga setelah mencuba GeniusXtra.

Produk-produk AFTL membantu pesakit kanser

Pn. Rodziah, Pulau Pinang

Puan Rodziah telah yang mengalami kanser sum-sum tulang 2 tahun lamanya. Tompokan kanser yang besar yang terdapat di dalam tulang belakang telah menyebabkan beliau lumpuh seluruh badan. Sepanjang 2 tahun tiada ubat yang dapat diberikan kepada beliau kecuali morfin untuk menahan kesakitan. Selepas dijelaskan mengenai kebaikan dan cara penggunaan Aura Nursalama, AFTL SPPAO dan AFTL AuraCorrector, beliau mula mengamalkannya.

Selepas hari pertama, sudah ada perubahan pada diri beliau. Tangan kirinya sudah boleh diangkat sehingga boleh mengusap muka. Masalah buang air besar sudah tiada. Warna air kencing yang berwarna kuning tua telah semakin jernih. Kepanasan badannya menurun dan mula rasa sejuk serta sudah mula kerap berpeluh. Atas keberkesanan, beliau terus mengamalkan menggunaan produk-produk AFTL sehingga sekarang.

Cara Penggunaan Aura Nursalama


Cara 1 : Mandian Harian (Sebagai Bilasan Terakhir)

  1. Titiskan 7 titis Aura Nursalama ke dalam bekas air mandian berserta dengan kata-kata positif.
  2. Dengan mengikut tertib, jirus air perlahan-lahan dari bahagian atas kepala, kemudian dihalakan ke anggota badan sebelah kanan dan seterusnya ke anggota badan sebelah kiri.


Cara 2 : Mandian Ais (Berendam)

  1. Persediaan
      • 1 beg besar ais, 1 sudu kapur makan, 1 sudu belerang (jika ada masalah spiritual), garam (nisbah 1 kg garam: 10 kg berat badan), Aura Nursalama.
      • Masukkan garam dan belerang ke dalam tab mandi yang sudah berisi air dan titiskan sebanyak 7 titis Aura Nursalama berserta kata-kata positif.
  2. 10 Minit Pertama
      • Rendamkan diri dalam tab mandi, ratakan dan gosokkan garam ke seluruh badan.
      • Ambil 1 sudu kapur makan, ratakan dan gosokkan ia ke seluruh badan.
  3. 10 Minit Kedua
      • Titiskan lagi 7 titis Aura Nursalama ke dalam tab mandi dan masukkan ais ke dalam tab mandi sedikit demi sedikit sehingga sesedap rasa pengguna sambil meratakan air ke seluruh badan.
  4. 10 Minit Ketiga
      • Titiskan lagi 7 titis Aura Nursalama ke dalam tab mandi dan masukkan lagi ais sedikit demi sedikit sambil meratakan air ke seluruh badan.Bilas dengan air bersih setelah selesai.


Cara 3 : Titisan di Tapak Tangan

  1. Titiskan 1 titis Aura Nursalama di tapak tangan berserta dengan kata-kata positif.
  2. Ratakan ia dan tangkupkan tangan ke wajah. Kemudian, fokus pada niat yang dihajati, hirup dalam-dalam Aura Nursalama dan hembus secara perlahan-lahan dengan tenang.
  3. Seterusnya, dengan mengikut tertib, sapukan ia bermula dari bahagian wajah, kepala atau ubun-ubun, pergelangan tangan dan seterusnya ke bahagian kaki.
  4. Kaedah ini sesuai dilakukan selepas mandi atau selepas berwudhuk.

Cara 4 : Sapuan di Sekeliling Tempat Bermasalah

  1. Dengan menggunakan tiub penyedut Aura Nursalama, sapukan ia ke sekeliling tempat yang bermasalah dengan mengikut arah lawan jam.
  2. Kaedah ini sesuai digunakan untuk kawasan anggota yang bermasalah seperti kudis, ruam, kutil, ketumbuhan dan sebagainya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS